Tuesday, December 5, 2023

DIUJI ALLAH

 Mac 2023

Ketulan dalam payudara semakin membesar dan kulit pun dah mula tenggelam. Tak boleh jadi. Mesti sesuatu yang merbahaya.

Aku ambil keputusan untuk jumpa doktor juga akhirmya. Buat temujanji dengan doktor di Klinik Bistari HUSM Kubang Kerian. Doktor buat pemeriksaan dan syaki aku diserang kanser. Terus tetapkan temujanji untuk buat scan dan mamogram.

Hasil mamogram, ada ketualan besar di bahagian kanan dan dua ketulan kecil di bahagian kiri payudara. Doktor terus panggil aku untuk scan untuk tentukan saiz ketulan. Nampak kebimbangan pada wajah doktor masa scan. Peliknya aku rasa biasa je walaupun aku dah syak memang kanser. Ketulan tu agak keras.

Doktor set temujanji untuk aku buat biopsi. Dua minggu kemudian aku hadir untuk buat biopsi. 3 jam dalam bilik biopsi. Banyak kali doktor cuba ambil sample tapi hanya dua kali berjaya. Itupun sikit je sample dapat ambil sebab ketulan keras sangat macam batu.

Dua minggu kemudian, set appointmen dengan pakar Onkologi untuk mulakan Kimoterapi. Tapi macam biasa aku anggap perkara ni tak serius. 

Aku biar je sampailah masuk bulan Ogos, di bahagian kulit membengkak dan pecah berlubang. Aku terus ke Bistari untuk doktor periksa. Alhamdulllah takda apa-apa yang serius. Tapi doktor paksa aku buat kimoterapi.

Seminggu kemudian dalam bulan Ogos 2023, aku start kimoterapi. Takut juga kesan sampingan macamana. 4 hari selepas kimo aku langsung tak boleh makan nasi cuma boleh makan bihun atau mi sahaja. Hari ke 5 kawan-kawan datang menjenguk, suami aku tiada ke KL. Alhamdulillah aku dah boleh bangun, masak untuk jamu kawan-kawan. Meraka tengok aku pun terkejut sebab aku nampak sihat je.

Kimoterapi perlu buat setiap tiga minggu sekali. Kali kedua, kesan dia agak berat. Lima hari langsung tak boleh makan. Bangun pun sekejap-sekejap je sebab pening dan muntah. Lepas hari kelima, aku sihat macam biasa.

Kali ketiga, kesan lebih berat lagi. Langsung tak boleh angkat kepala, pening dan muntah tak berhenti. Langsung tak boleh makan. Perut kosong hanya boleh minum air masak je. Bau apa pun tak boleh nak muntah je. Aku rasa macam nak mati dah. Tapi aku perlu kuat sebab anak-anak. Setiap pagi perlu bangun sediakan sarapan untuk anak-anak ke sekolah. Rumah pulak tengah renovate. Bising dan berhabuk. Aku pun diserang selsema. Makin teruk rasanya. Alhamdulillah hari kelima aku dah boleh bangun walaupun sekejap. Terpaksa bersihkan rumah dari habuk-habuk simen. Seorang diri buat semua kerja. Suami aku langsung tak sentuh sebab sibuk dengan silat dia. 

Bila dah tiga kali kimoterapi, aku mula faham keadaan badan aku. Dan aku amat berharap anak-anak dan suami aku faham keadaan aku selepas beberapi buat kimoterapi. Minggu depan 11 Disember 2023, Kimoterapi kali keempat. Kali ni doktor bagitau ubat yang akan diberi kepada aku lebih kuat dari sebelum-sebelum ini. Ada yang muntah semasa sesi kimoterapi berjalan. Aku amat berharap agar aku kuat dan tak muntah masa tu. 

Nanti aku cerita keadaan aku lepas kimo kali keempat ni. 

No comments: