Saturday, January 20, 2024

KIMOTERAPI CYCLE 5

3hb Januari, mula sesi kimo cycle ke 5. Kali ni dos ubat dikurangkan. Doktor di Hospital Kerajaan dah bincang dengan doktor di HUSM untuk kurangkan dos sebab badan aku terlalu sensitif dengan ubat kimo. 

Macam biasa hari ke 5, mula demam. Tiga hari demam tapi tak seteruk sebelum ni. Masuk hari ke 4 demam dah kebah tapi badan sakit-sakit dan rasa penat sangat. Hari ke 7 mintak suami bawak nak check darah di Hospital Kerajaan macam biasa. Pergi sama, doktor tak benarkan aku balik dan letak di bawah pemantauan sebab darah putih rendah semula. 0.28 bacaan adalah terlalu rendah.

4 jam dalam unit pemantauan, demam balik. Doktor buat covid swab, positif samar-samar. Pindah masuk ke bilik isolation. Cucuk ubat Covid, cucuk ubat cair darah, makan ubat Covid. Jam 12 malam masuk wad bilik isolation.

Esoknya check Covid dah clear tapi darah putih sangat rendah. Doktor tak benarkan dipindahkan ke wad biasa sebab takut berjangkit penyakit orang lain. Duduklah dalam bilik sorang-sorang. Dahla sejuk gila bilik tu. Mintak suami bawakkan selimut untuk bagi panas sikit. 3 lapis selimut hospital tak mampu nak bagi panas. Guna selimut bulu tebal barulah lega sikit sejuk.

Alhamdulillah kali ni lidah naik ulcer jugak cuma tak teruk. Mintak suami siap-siap belikan ubat cina tu, Alhamdulillah boleh makan 

Wednesday, December 13, 2023

KIMOTERAPI SESI 4

 Ahad, 10 Disember 2023 appointment kimo kali ke4 tapi tak boleh nak buat pulak sebab darah putih rendah sangat. 0.6 je bacaan.

Terpaksa cucuk ubat penambah darah putih dan appointment seterusnya Rabu 13 Disember 2023. Pagi-pagi lagi dah sampai HUSM untuk ambik darah dulu nak kena check bacaan darah putih. Tunggu sejam dapat result Alhamdulillah dapat proceed kimo hari ni.

Sebenarnya agak takut jugak nak teruskan kimo kali ni sebab Doc bagitau ubat kali ni agak kuat sikit berbanding dulu. Sebelum tu Doc dah bagi ubat Gastrik dan Ubat Allergik untuk ambik sehari, semasa dan selepas kimo. Hari Ahad lagi dah start ambik ubat tu sebab ingat nak kimo Isnin. Effect dia gatal habis satu badan. Malam-malam tak boleh tido. 2 hari tak tido malam.

Hari kimo Rabu tu masuk je air terus lelap sampailah kepetang. Kul 2.30 habis kimo terus makan lagi ubat untuk elak rasa mual. Ahmadulillah kali ni tak teruk malah boleh makan walaupun sedikit. Kalau 3 kali sebelum ni langsung tak boleh sn=entuh nasi kali ni dapat jugak telah nasi walaupun sedikit. 

Balik kimo kul 6 petang, makan sikit. Sebelum balik sementara menunggu suami datang ambik dari Tanah Merah ke Kota Bharu yang ambil masa sejam perjalanan, sempat telefon anak perempuan mintak masakkan spageti aglio olio. Sebab kalau sebelum-sebelum ni tu je yang boleh telan.

Sampai rumah jam 6 petang terus mandi, makan sikit, terus tidur sampai maghrib. Bangun solat maghrib, sambung tidur samapi jam 10 malam suami balik bawak balik sup urat keting. Makanlah sedikit walaupun sebenarnya tak boleh makan pun daging tu kalau kanser. Tapi sebab lapar makanlah jugak.

Sambung tidur balik, sedar jam 6 pagi. Bangun siapkan sarapan untuk anak-anak sekolah. Alhamdulillah boleh bangun, tak rasa pening atau mual langsung. Mungkin badan masih cuba mengenalpasti ubat yang masuk. Tak tahulah bila badan mula sensitif dengan ubat tu, kimo sesi 5 atau 6 mungkin lebih teruk kesan dia. 

Mintak-mintak 2 sesi lagi ni keadaan macam ni jugak. Penat kalau langsung tak boleh bangun, pening dan muntah-muntah. Nak kena uruskan anak sekolah, rumah, masak dan sebagainya. Seminggu tak boleh bangun sampai minum air kelapa barulah boleh bangun dan badan rasa kuat sedikit.

Alhamdulillah kali ni ok je. Bolehlah mengadap laptop ni walaupun makan sedikit je. Tak penat sangat rasanya.

20hb nak jumpa semula Doktor Klinik Bistari untuk bincang pembedahan. Kalau boleh tak nak bedah buang semua breast. Kalaulah boleh buang yang bahagian ketulan sahaja. Sebab kesan lain takda. Takda merebak ke tempat lain. Lepas ni nak kena mulakan gaya hidup sihat semula. Makan sayur-sayur lebih dan langsung tak nak ambik daging.

Ni semua penangan makan banyak sangat kambing masa PKP hari tu.

Ingat semua ok. Hari ke 5 start demam, sakit-sakit badan. seminggu demam. Lidah dah penuh putih. Makan takda rasa apa-apa. Hari ke 10 dalam mulut penuh ulcer bawah lidah, dalam tekak. Dah mula tak boleh makan apa-apa. Letak makanan je atas lidah rasa sakit yang amat. Makan bubur pun tak boleh. Hanya mampu minum air sejuk je. 

Dah tak mampu nak bertahan dah, mintak suami bawak ke hospital. Masuk unit Kecemasan, doktor masukkan antibiotik dan air dan cucuk ubat sebab sakit sangat belakang. 4 Jam dalam Kecemasan, boleh balik sebab sakit belakang dah kurang. Bagitau doktor pasal lidah naik ulcer tapi doktor buat tak tahu je.

Esoknya, mulut makin sakit. Pergi Kecemasan semula, duduk sana. Doktor mulanya tak tahu nak refer bahagian mana sebab Post Kimo dan Oral Thrust. Last-last, refer Surgery sebab Post Kimo. Doktor cuba nak masukkan tiub makanan sebab aku langsung tak boleh makan, tapi tak berjaya sebab tekak terlalu sensitif dengan apa-apa yang kena dinding tekak sebelah telinga kiri. Memang selalu macamtu. Korek telinga pun terbatuk-batuk sampai berair mata. 

Nak tak nak terpaksa lah cuba makan. Tapi aku hanya mampu minum sahaja. Air masak atau sejuk bukan air panas. Jam 3 pagi masuk wad. Mulut sakit sangat tak boleh langsung nak tidur. Esoknya ramailah yang datang melawat. Kita ni tengah sakit. Nak layan orang, nak bercakap pun tak boleh. Antibiotik setiap 4 jam sekali. Doktor gigi datang cuci ulcer dan sapukan ubat sebab aku tak boleh nk buat sendiri sebab ulcer tu penuh dalam mulut. Hari ke 3 barulah Dieticion datang dan bagitau akan bagi aku bubur baby. Alhamdulillah petang tu dapat makan bubur baby. At least adalah benda boleh makan. Salah sorang pekerja hospital mintak aku beli ubat cina untuk ulcer. Mintak suami carikan. Malam tu letak ubat tu, alhamdulillah esoknya dah boleh menelan. Dah tak sakit dah yang dalam tekak. Baru lah dapat makan sikit-sikit. Tak boleh kunyah tapi boleh menelan. 

Selepas 5 hari dalam wad dan ulcer pun dah kurang, doktor discaj. Balik rumah suami pulak kena covid. Memerapla aku dalam bilik anak perempuan aku. Alhamdulillah seminggu lepas keluar wad aku mula pulih. Tapi seminggu kemudian perlu mula kimoterapi cycle 5. Kita sambung bab seterusnya.

Tuesday, December 5, 2023

DIUJI ALLAH

 Mac 2023

Ketulan dalam payudara semakin membesar dan kulit pun dah mula tenggelam. Tak boleh jadi. Mesti sesuatu yang merbahaya.

Aku ambil keputusan untuk jumpa doktor juga akhirmya. Buat temujanji dengan doktor di Klinik Bistari HUSM Kubang Kerian. Doktor buat pemeriksaan dan syaki aku diserang kanser. Terus tetapkan temujanji untuk buat scan dan mamogram.

Hasil mamogram, ada ketualan besar di bahagian kanan dan dua ketulan kecil di bahagian kiri payudara. Doktor terus panggil aku untuk scan untuk tentukan saiz ketulan. Nampak kebimbangan pada wajah doktor masa scan. Peliknya aku rasa biasa je walaupun aku dah syak memang kanser. Ketulan tu agak keras.

Doktor set temujanji untuk aku buat biopsi. Dua minggu kemudian aku hadir untuk buat biopsi. 3 jam dalam bilik biopsi. Banyak kali doktor cuba ambil sample tapi hanya dua kali berjaya. Itupun sikit je sample dapat ambil sebab ketulan keras sangat macam batu.

Dua minggu kemudian, set appointmen dengan pakar Onkologi untuk mulakan Kimoterapi. Tapi macam biasa aku anggap perkara ni tak serius. 

Aku biar je sampailah masuk bulan Ogos, di bahagian kulit membengkak dan pecah berlubang. Aku terus ke Bistari untuk doktor periksa. Alhamdulllah takda apa-apa yang serius. Tapi doktor paksa aku buat kimoterapi.

Seminggu kemudian dalam bulan Ogos 2023, aku start kimoterapi. Takut juga kesan sampingan macamana. 4 hari selepas kimo aku langsung tak boleh makan nasi cuma boleh makan bihun atau mi sahaja. Hari ke 5 kawan-kawan datang menjenguk, suami aku tiada ke KL. Alhamdulillah aku dah boleh bangun, masak untuk jamu kawan-kawan. Meraka tengok aku pun terkejut sebab aku nampak sihat je.

Kimoterapi perlu buat setiap tiga minggu sekali. Kali kedua, kesan dia agak berat. Lima hari langsung tak boleh makan. Bangun pun sekejap-sekejap je sebab pening dan muntah. Lepas hari kelima, aku sihat macam biasa.

Kali ketiga, kesan lebih berat lagi. Langsung tak boleh angkat kepala, pening dan muntah tak berhenti. Langsung tak boleh makan. Perut kosong hanya boleh minum air masak je. Bau apa pun tak boleh nak muntah je. Aku rasa macam nak mati dah. Tapi aku perlu kuat sebab anak-anak. Setiap pagi perlu bangun sediakan sarapan untuk anak-anak ke sekolah. Rumah pulak tengah renovate. Bising dan berhabuk. Aku pun diserang selsema. Makin teruk rasanya. Alhamdulillah hari kelima aku dah boleh bangun walaupun sekejap. Terpaksa bersihkan rumah dari habuk-habuk simen. Seorang diri buat semua kerja. Suami aku langsung tak sentuh sebab sibuk dengan silat dia. 

Bila dah tiga kali kimoterapi, aku mula faham keadaan badan aku. Dan aku amat berharap anak-anak dan suami aku faham keadaan aku selepas beberapi buat kimoterapi. Minggu depan 11 Disember 2023, Kimoterapi kali keempat. Kali ni doktor bagitau ubat yang akan diberi kepada aku lebih kuat dari sebelum-sebelum ini. Ada yang muntah semasa sesi kimoterapi berjalan. Aku amat berharap agar aku kuat dan tak muntah masa tu. 

Nanti aku cerita keadaan aku lepas kimo kali keempat ni. 

Tuesday, July 4, 2023

KEHIDUPAN BARU

 Welcome Back to my blog.

Lama giler tak update. After my family pindah balik duduk kampung hubby di Kelantan pada tahun 2016 Disember, my life quite hectic. Busy dengan kerja, hari minggu balik kampung jumpa anak-anak dan suami. Jadi weekend wife and mum. PJJ ni buat aku jadi terlalu penat. Tapi apakan daya hubby dah tak nak duduk KL. Dah penat travel ke tempat kerja tempuh traffic jam.

As wife, mulanya aku rasa terkilan jugak bila dia decide untuk mohon pertukaran ke Kelantan tanpa pengetahuan aku, bila dapat keputusan, dia decide nak bawa semua anak-anak ke sana. My eldest masa tu baru lepas PT3, my second akan ambil UPSR in 2017. Mereka berdua sedih dan marah juga, tapi apa aku boleh buat sebab itu keputusan suami. Ibu suami juga menyokong, dan siapkan bilik semua untuk kami di rumahnya sambut anak-anak aku balik duduk kampung.

My 3rd child the only girl masa tu masih lagi sakit-sakit. Penyakit sawan dia masih ada. Lelah pun masih kuat. My si bongsu pun lelah dan on medication. Sebagai ibu, rasa gusar tu ada. Tapi memandangkan ibu mertua sanggup jaga mereka, aku redha dan pasrah je.

Dua anak yang sulung dan kedua agak stress bila kena pindah. Jauh dari kawan-kawan. Aku cuma mampu pujuk mereka. Balik Kelantan pula, si sulung terpaksa duduk di bilik sewa sebab sekolah menengah agak jauh dari rumah mertua. 

Alhamdulillah, anak-anak semua mampu untuk berdikari. Kuat dan tabah menghadapi ujian. 2018 suami decide untuk beli rumah sendiri berhampiran tempat kerja beliau di bandar. Dalam tempoh waktu tu, anak sulung kami diamanahkan untuk tinggal di situ seorang diri sambil jaga rumah tu. Alhamdulillah, masa peperiksaan SPM si sulung berjaya dengan cemerlang. Si girl, last warded Februari 2017 dan disahkan mengalami injap jantung berlubang. Start dari situ, setiap 6 bulan sekali jumpa doktor dan perlu ambil ubat sehingga beliau berusia 21 tahun. Si bongsu umur 4 tahun dan masuk tadika. Tapi masuk darjah 1 selama 3 bulan je sebab COVID 19 melanda. Anak kedua, UPSR mendapat result cemerlang.

Bila difikirkan balik, ada hikmahnya anak-anak duduk kampung. Suasana, cuaca, makan semuanya sangat sesuai untuk mereka. Kalau tinggal di KL dengan aku rasanya masih dalam keadaan sama. Sebab aku kadang-kadang perlu balik lambat. Anak-anak terbiar je sendiri-sendiri. Memang takda masa yang cukup untuk pantau anak-anak. Duduk kampung, mertua memang jaga elok. Makan cukup.

Tapi orang tua kan, ada pasang surutnya. Bila dia dah tak sanggup nak jaga anak-anak aku, dia mula membebel dan macam-macam dikata belakang aku. Setiap kali balik ada jugak aku hulurkan duit. Takdalah banyak mana sebab duduk KL banyak jugak aku nak kena keluar belanja walaupun duduk sorang. Dulu kerja naik motor ngan hubby, bila duduk sorang terpaksa bawak kereta sebab aku tak pandai bawa motor. Minyak, tol belum masuk makan. Setiap minggu tiket bas balik kampung habis RM100 seminggu. Tiap-tiao minggu balik dah RM400.00 habis.

So dari balik tiap-tiap minggu aku decide untuk balik 2 minggu sekali hinggalah COVID 19 melanda Malaysia tahun 2020. Aku tak boleh balik sebab company tak benarkan keluar dari daerah melebihi 80km radius. Nasib baik seminggu sebelum declare tu aku dah balik jumpa anak-anak dan suami. Jadi memerap la aku sorang-sorang kat KL. Sampai la kerajaan umum siapa yang PJJ dibenarkan merentas daerah. Masa tu aku ambil peluang untuk balik kampung.

Waktu berlalu, PKP membuat aku terfikir sampai bila aku nak PJJ. Minta tukar tak dapat. Naik pangkat pun baru dapat selepas 22 tahun kerja. Bila company buka Skim Berhenti Sukarela, aku terus apply tanpa fikir panjang. Aku cuma bagitau suami aku nak berhenti dan lepas ni semua dia perlu tanggung kami. Suami pula baru buka kedai runcit masa dalam PKP, jadi aku fikir aku boleh dapatkan sumber pendapatan tambahan dari situ. 

Sekarang dah lebih setahun aku jadi surirumah merangkap usahawan kecilan. Aku cuma pantau je kedai. Ada pekerja aku ambil untuk uruskan kedai. Kerja aku sekarang, uruskan rumah dam anak-anak sambil-sambil uruskan kedai.

Hidup begini lebih tenang dan aman. Dah tak stress fikir pasal kerja. Tak stress kena ganggu dengan bos malam-malam, hari minggu pasal kerja. Now aku lebih relaks.

Tapi, awal tahun baru ni aku didiagnose mengidap kanser payudara. Tiroid aku teruskan rawatan, dan juga ada fibroid pula.

Semua tu tak mematahkan semangat aku untuk meneruskan hidup. Aku tak buat kimo ke apa lagi just makan ubat untuk tiroid. Hari ni ada appointment ONCO pun aku tak pergi. Malas rasanya nak ulang alik hospital setiap minggu jumpa doktor berlainan. Tunggulah bila rajin datang.


Dah ketagih travel dah aku ni..

2nd time travel kawan ajak ikut jadi pemandu pelancong dia ngan wife dia ke Ho Chi Minh sebab aku pernah ke sana. 

so lepas dpt bonus apalagi jasi agent la aku cari tiket cari hotel semua. tarikh nk pergi pulak tu penuh so dptla hotel yg agak jauh sikit dr pasar Ben Than. Dulu pergi duduk Malaysian Street dan masa tu hanya kedai Basiroh je ada. 

sekarang duduk area selang 2 blok dr pasar Ben Than. tapi seronok jugak sebab blh jalan2 pagi2 ke Malaysian Street untuk cari makan.

Sampai sana baru plan apa nak buat. Memandangkan travel 2012 dulu hanya dtg utk shopping so kali ni aku ambik kesempatan untuk jalan2. Flight supposed jam 2 petang tp delay kul 4 baru bertolak. sampai sana jam 5 waktu Vietnam. Transport dah book dr hotel so sampai2 sah ada org tunggu. 

kami stay at Polygon Hotel. Ambik bilik cityview harga Rm300 untuk 3 malam. sorry xda gambar. 

sampai hotel kawab cakap nk rehat dulu. kalau ikut aku nk je gerak round bandar. 

lepas magrib bermulala acara round pasar malam. maka berjalanla kami ke pasar Ben Than untuk makan kt Malaysian Street dan round pasar malam. Dah banyak kedai makan halal area ni. so apalagi pilihla kedai mana. mlm ni makan kt kedai mahal dulu. lupa nama apa kedai

habis makan round pasar malam. book tiket ke Mekong esok dengan Muslimtravel sebelah kedai Basiroh. Round2 pasar malam beli tshirt utk semua anak2, anak2 buah dan cucu2 buah. Kul 11 balik hotel utk tido. 

next day bgn pagi2 kul 7 waktu viet gi makan kt Basiroh. sedapnya Pho daging. 
tunggu bas ke Mekong sampai. kul 8 bas sampai bertolak ke Mekong. 

sampai sana dlm kul 10 camtu. so startla perjalanan ke Mekong


ni kat tempat makan di mekong. dont worry kalau ambik pakej ngan muslimtravel ni makan halal. 

Sorry gambar tak banyak sbb dalam phone lain. 

3rd day jalan2 bandar je. ambik teksi gi post off


Ini keadaan dlm post off sekarang. padat sgt. dulu tak camni kami boleh siap duduk2 atas kerusi. skrg kt tgh2 ada kaunter so dah xda tempat nk lepak. duduk sejekap je keluar ambik teksi gi War Museum


Thursday, December 13, 2018

Lamanya tinggalkan blog ni sebab apa sebab lupa password.

Dulu cerita pasal diri dan keluarga but now I nak jadikan blog ni as a travelog blog. Seronok pulak rasanya travel since 2012 sejak first time travel ke luar negara dan first time travel sendiri2 tanpa guna travel agent. Masa tu just berpandukan blog2 travelog sahaja.

First time travel oversea adalah ke Ho Chi Minh. Itu pun sebab terpengaruh dengan kawan-kawan yang dah ke sana dok cerita seronok shopping kain cotton.

So on August 2012 mulalah perancangan kami ke Ho Chi Minh. Saya dilantik sebagai urusetia untuk cari hotel dan apa yang menarik kat sana. Mr Google yang jadi mangsa untuk maklumat.

mulanya 10 orang last2 jadi 8 orang. tiket semua book siap hotel dsb. Sampai sana takda tujuan lain shopping je. Tenpat melawat pun hanya post office tu pun jalan kaki dan hampir2 bergaduh dgn org vietnam yg cuba tipu kami. nasib ada kawan kalau tak mau aku bergaduh dengan budak tu.

sorry takda gambar sebab dah lama.

so itulah cerita 1st time travel without travel agent. nk kata backpacking x jugak sbb kami bwk beg tarik dan duduk hotel 3 star.

Monday, February 10, 2014

Nak sambung cerita Langkawi. Jam 3.00 pagi aky tersedar. Dengar bunyi bas dan hon macam2. Jenguk kat tingkap astagfirullah penuh dah manusia datang bercuti. Ini ada ke tiket ni.

Menyesal tak beli tiket petang semalam, suami beratur dari jam 7.30 pagi dapat tiket jam 1.45 ptg. Tunggu punya tunggu announcement kata tunda jam 4.00 sebab feri rosak. Aduh penat gila ni. Satu hari kat Kuala Perlis. Peluang ni aku ambik untuk gi makan. Jam 3.30 suami telefon feri sampai. Bergegas kami ke jeti. Jam 4.00 bertolak ke Langkawi. Semua dalam feri kepenatan.


                                   


 Sampai di Langkawi akhirnya.
 Muka budak excited first time naik feri
 Menunggu feri yang tak kunjung tiba