Ahad, 10 Disember 2023 appointment kimo kali ke4 tapi tak boleh nak buat pulak sebab darah putih rendah sangat. 0.6 je bacaan.
Terpaksa cucuk ubat penambah darah putih dan appointment seterusnya Rabu 13 Disember 2023. Pagi-pagi lagi dah sampai HUSM untuk ambik darah dulu nak kena check bacaan darah putih. Tunggu sejam dapat result Alhamdulillah dapat proceed kimo hari ni.
Sebenarnya agak takut jugak nak teruskan kimo kali ni sebab Doc bagitau ubat kali ni agak kuat sikit berbanding dulu. Sebelum tu Doc dah bagi ubat Gastrik dan Ubat Allergik untuk ambik sehari, semasa dan selepas kimo. Hari Ahad lagi dah start ambik ubat tu sebab ingat nak kimo Isnin. Effect dia gatal habis satu badan. Malam-malam tak boleh tido. 2 hari tak tido malam.
Hari kimo Rabu tu masuk je air terus lelap sampailah kepetang. Kul 2.30 habis kimo terus makan lagi ubat untuk elak rasa mual. Ahmadulillah kali ni tak teruk malah boleh makan walaupun sedikit. Kalau 3 kali sebelum ni langsung tak boleh sn=entuh nasi kali ni dapat jugak telah nasi walaupun sedikit.
Balik kimo kul 6 petang, makan sikit. Sebelum balik sementara menunggu suami datang ambik dari Tanah Merah ke Kota Bharu yang ambil masa sejam perjalanan, sempat telefon anak perempuan mintak masakkan spageti aglio olio. Sebab kalau sebelum-sebelum ni tu je yang boleh telan.
Sampai rumah jam 6 petang terus mandi, makan sikit, terus tidur sampai maghrib. Bangun solat maghrib, sambung tidur samapi jam 10 malam suami balik bawak balik sup urat keting. Makanlah sedikit walaupun sebenarnya tak boleh makan pun daging tu kalau kanser. Tapi sebab lapar makanlah jugak.
Sambung tidur balik, sedar jam 6 pagi. Bangun siapkan sarapan untuk anak-anak sekolah. Alhamdulillah boleh bangun, tak rasa pening atau mual langsung. Mungkin badan masih cuba mengenalpasti ubat yang masuk. Tak tahulah bila badan mula sensitif dengan ubat tu, kimo sesi 5 atau 6 mungkin lebih teruk kesan dia.
Mintak-mintak 2 sesi lagi ni keadaan macam ni jugak. Penat kalau langsung tak boleh bangun, pening dan muntah-muntah. Nak kena uruskan anak sekolah, rumah, masak dan sebagainya. Seminggu tak boleh bangun sampai minum air kelapa barulah boleh bangun dan badan rasa kuat sedikit.
Alhamdulillah kali ni ok je. Bolehlah mengadap laptop ni walaupun makan sedikit je. Tak penat sangat rasanya.
20hb nak jumpa semula Doktor Klinik Bistari untuk bincang pembedahan. Kalau boleh tak nak bedah buang semua breast. Kalaulah boleh buang yang bahagian ketulan sahaja. Sebab kesan lain takda. Takda merebak ke tempat lain. Lepas ni nak kena mulakan gaya hidup sihat semula. Makan sayur-sayur lebih dan langsung tak nak ambik daging.
Ni semua penangan makan banyak sangat kambing masa PKP hari tu.
Ingat semua ok. Hari ke 5 start demam, sakit-sakit badan. seminggu demam. Lidah dah penuh putih. Makan takda rasa apa-apa. Hari ke 10 dalam mulut penuh ulcer bawah lidah, dalam tekak. Dah mula tak boleh makan apa-apa. Letak makanan je atas lidah rasa sakit yang amat. Makan bubur pun tak boleh. Hanya mampu minum air sejuk je.
Dah tak mampu nak bertahan dah, mintak suami bawak ke hospital. Masuk unit Kecemasan, doktor masukkan antibiotik dan air dan cucuk ubat sebab sakit sangat belakang. 4 Jam dalam Kecemasan, boleh balik sebab sakit belakang dah kurang. Bagitau doktor pasal lidah naik ulcer tapi doktor buat tak tahu je.
Esoknya, mulut makin sakit. Pergi Kecemasan semula, duduk sana. Doktor mulanya tak tahu nak refer bahagian mana sebab Post Kimo dan Oral Thrust. Last-last, refer Surgery sebab Post Kimo. Doktor cuba nak masukkan tiub makanan sebab aku langsung tak boleh makan, tapi tak berjaya sebab tekak terlalu sensitif dengan apa-apa yang kena dinding tekak sebelah telinga kiri. Memang selalu macamtu. Korek telinga pun terbatuk-batuk sampai berair mata.
Nak tak nak terpaksa lah cuba makan. Tapi aku hanya mampu minum sahaja. Air masak atau sejuk bukan air panas. Jam 3 pagi masuk wad. Mulut sakit sangat tak boleh langsung nak tidur. Esoknya ramailah yang datang melawat. Kita ni tengah sakit. Nak layan orang, nak bercakap pun tak boleh. Antibiotik setiap 4 jam sekali. Doktor gigi datang cuci ulcer dan sapukan ubat sebab aku tak boleh nk buat sendiri sebab ulcer tu penuh dalam mulut. Hari ke 3 barulah Dieticion datang dan bagitau akan bagi aku bubur baby. Alhamdulillah petang tu dapat makan bubur baby. At least adalah benda boleh makan. Salah sorang pekerja hospital mintak aku beli ubat cina untuk ulcer. Mintak suami carikan. Malam tu letak ubat tu, alhamdulillah esoknya dah boleh menelan. Dah tak sakit dah yang dalam tekak. Baru lah dapat makan sikit-sikit. Tak boleh kunyah tapi boleh menelan.
Selepas 5 hari dalam wad dan ulcer pun dah kurang, doktor discaj. Balik rumah suami pulak kena covid. Memerapla aku dalam bilik anak perempuan aku. Alhamdulillah seminggu lepas keluar wad aku mula pulih. Tapi seminggu kemudian perlu mula kimoterapi cycle 5. Kita sambung bab seterusnya.